Wednesday, November 24, 2010
Wednesday, November 3, 2010
~~SAYA NAK BELI SELEPAS NI~~
aku suka shoping.....tp mengikut kemampuan....dengan keadaan aku sekarang,insyallah aku mampu untuk memberli semua ini..dulu aku xberpeluang nak membeli semua ni,hanya dalam mimpi jelah...menengok sambil telan air liur......mmg bab kata manusia manusia xpernah puas dengan apa yang ada, itulah kelemahan yang ada pada manusia....
DAN yang paling penting aku beli ni bukan untuk diri sendiri,aku nak beli juga buat my mom,my sister n my little bro....aku sayangkan mereka.LOVE U ALL.
dan aku mengharapkan semua impian aku ni akan jadi kenyataan..INSYALLAH.....
Friday, October 29, 2010
Sunday, October 17, 2010
~~Kejohanan Sukan SKBN kali ke 36 di Stadium Matsushita Seksyen 21 Shah Alam~~
para ibu bapa dan murid memenuhi stadium
MERIAH....HAPI AND VOGUE....begitulah selesai sudah acara sukan yang telah diadakan pada 17 oktober 2010 bersamaan hari ahad.....mmg mantap, walaupun ada beberapa kekurangan, namun itu sudah menjadi lumrah alam....acara bermula seawal jam 8pagi ni telah dimeriahkan lagi dengan barisan ibu bapa yang datang memberi sokongan kepada anak-anak mereka...walaupun cuaca panas terik namun ianya bukan satu penghalang kpd kami warga SKBN untuk meneruskan acara tradisi ini...walaupun semua guru2 keletihan, namun kegembiraan jelas terpancar diwajah mereka apabila rumah yang mereka wakili menang......sorakan daripada ibu bapa, guru2 telah memeriahkan lagi suasana...
ok.....nak tamatkan entri ni..."Majulah Sukan untuk Sekolah" dan 18 oktober...kita semua CUTIIIIIIII!!!!!!!!!hoorey
Thursday, October 14, 2010
~~kerja oh kerja~~
buku rekod dah siap....esok submit
Wednesday, October 13, 2010
~~Karenah Murid-Murid saya di SKBN~~
~~CINTA~~
~~Berlalunya Saat itu~~
~~kerinduan~~
menyesuaikan diri dengan warga SKBN,trimas buat warga SKBN yang sudi menerima dan memberi tunjuk ajar kpd aku........semoga apa yang aku perolehi dapat aku jadikan panduan untuk aku mengarungi semua cabaran untuk masa hadapan...
jutaan trima kasih buat mentor saya akak Manisah, yang banyak memberi bimbingan dan panduan pada aku....thanks a lot, kakak2 lain, seperti kak muhaini, kak ramlah, kak mariani, puan rakimi, dan semua warga yang xdilistkan disini.........jasa kalian akan tetap aku kenang selamanyaah
saya sayang warga skbn
Tuesday, August 3, 2010
~~SPP~~
~~SELANGOR NATIKAN KEHADIRANKU...~~
Wednesday, July 28, 2010
kehidupan ini
~~kenangan yang mengamit hatiku~~
Queensbay penang
farhana n azrul
lama sudah aku tidak menjenguk blogger kesayangan hamba ini.emmmmm sekarang ntah apa yang aku nak tulis....not idea but rindu nak tulis something di sini... emmmmm.....sekarang hampir satu bulan setengah aku dirumah...menunggu untuk dipostingkan...menghabiskan sisa-sisa cuti ini just kat umah...emmmmm kat umah pun xda apa nak buat...asyik2 layan FB sahaja...hahahha....apa2pun FB telah menemukan aku ngan kawan2 sekolah dulu biarpun hanya di alam maya....rindu pada kalian mengamit hatiku...hampir bertahun-tahun kai xketemuan...masing2 dah ada komitmen tersendiri.....emmmm
Monday, July 19, 2010
~~Posting Oh Posting~~
16 ogos 2010 dikatakan tarikh sebenar kita akan posting....apa-apa hal kita tunggulah.....emmmmmm semoga dalam bulan Ramadhan yang mulia aku akan mendapat keberkatan....dan segala doa2 hambamu ini akan dimakbulkan ......Insyallah
Sebenarnya aku dah letih menunggu bilalah akan POSTING....so just tunggu dan lihat......
Wednesday, July 7, 2010
bila berakhirnya kehidupan aku di IPSAH
last part at ipsah
dewan munsyi.....
selamat tinggal ipsah sayang
i miss nanti.....
almdulilah sudah hampir 20 hari aku telah menamatkan kursus kpli aku kat ipsah...setelah hampir setahun aku menimba ilmu, berguru disini, mengenali ragam2 manusia n setelah bermacam2 hal aku temui....akhirnya masa itu telah hampir...sepanjang aku disini aku telah dapat mengenali pelbagai ragam manusia, jenis manusia, pelbagai golongan n kelas....tapi itu semua adalah satu pengalaman yang terindah mungkin yang boleh aku kenang......cuma ada beberapa perkara yang telah berlaku diluar dugaan aku n kwn2 lain....persetankan semua itu..... cuma sekarang masing2 akan posting....tinggalkan semua kwn2 aku...bilalah kita semua akan berjumpa lagi...bersama mewarnai dunia ipsah nganwarna2 sang pelangi....mustahil saat terindah seperti ini akan berulang kembali.... kepada sahabatku...winie, seli, tini, ida, sara, hani, kak liza, madi, kak is, milot, corine, suzan, anton, cassidy, ronny, madi, pian and kak idah jutaan kemaafan aku pinta dari korang atas segala2 yang berlaku.....aku hanya insan biasa....ingat insyallah suatu ketika pasti kita akn bertemu jua...kepada pensyarah2 tersayang expecualy, puan hamidah, encik aznan, encik tan terima kasih diatas segala curahan ilmu yang telah diberikan dan tak lupa kepada pensyarah2 lain yang telah banyak menyumbang ilmu kepada kita dalam menjadi guru idaman pelajar..... walaupun masa setahun xcukup untuk kita...tp gunalah ia sebaik mungkin..... insyallah selamat berposting kepada sahabatku...ada masa kita jumpa...adios....
Thursday, May 6, 2010
~~Selamat Hari IBu~~
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. IbU
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. IbU
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu
Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Ibu
Bila sedih, aku cari.. Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.. Ibu
Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada.. Pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat.. Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon.. Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu
Saturday, May 1, 2010
DUA ELAUN KHAS BARU BAGI GURU SEKOLAH PENDALAMAN
"Elaun baru ini dijangka dilaksanakan dalam sedikit masa lagi dan ia adalah tambahan kepada kategori yang sedia ada iaitu RM500, RM1,000 dan RM1,500," katanya. Sumber Bernama.
Saya pada 27-28.3.2010 mengikuti sama Program Kementerian Pelajaraan melawat sekolah pendalaman di SK Lejang dan SK Lanai dalam Dun Jelai di Negeri Pahangyang turut dihadiri Datuk Badaruddin bin Abd Rahman, Timb. Ketua Setiausaha Kem. Pelajaraan danm Datuk Wan Rosdy bin Wan Ismail, Exco Kerajaan Negari Pahang. Ia amat mencabar dan dengan jalan yang berlopak, berlubang, berlongkang dan licin selepas pada hari sebelumnya hujan lebat. Ia amat sukar untuk sempai ke Pos terutama Pos Titom dengan menaiki Hailak duduk dibelakang dan amat membahaya. Guru-guru kebanyakkan menaiki motosikal untuk pergi mengajar ke sekolah berkenaan melalui Pos Betau. Oleh itu sewajarnya guru itu diberikan elaun khas sebagai galakan bagi guru-guru tersebut mengajar di kawasan pendalaman tersebut.
Cabar Diri Untuk Berjaya
Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.
Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.
1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi
Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.
2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain
Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.
Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.
Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?
3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati
Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”. Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.
4. Soal Diri Dengan Soalan Positif
Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:
Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?
Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.
Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?
Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.
5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda
Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak ‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula. Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.
Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.
Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ‘standard’ yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung ‘standard’ tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.
Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.
..........................................................................................................................
~~kelas kami kena pindah lagi~~
~~mainan Perasaan itu~~
Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
~~Laskar PelanGi~~
Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya
Laskar pelangi takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warna bintang di jiwa
Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada Yang Kuasa
Cinta kita di dunia selamanya
Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita
Laskar pelangi takkan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi
Friday, April 30, 2010
Selamat HaRi PekerJa
1 mei jatuh kepada hari sabtu daa....ingat dapatlah aku cuti..ala kalu cuti pun bukanya dapat kuar mana-mana pun...maklumlah budget akhir2 bulan ni berkurangan sudah...
so masa ni perlu dihabiskan dengan study la....cayok22 ana....study222
tapi bosanya dok kat umah hari-hari minggu ni...keja banyak...tp satu pun tak disentuh...bilik macam tongkang pecah....xda mood lansung utk mengemasnya...aduhai perasaan berkecamuk, bosan masih ada....bila mood rajin aku mai takpalah....kalu kemas pun setakat 2 3 hari je...pastu bila nak cari barang mula la berselerak lak....beginilah kehidupan sebagai pelajar ipsah yang selalu sibuk...kalu xsibuk pun aku hanya buat2 sibuk..........
tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yg kuimpikan...biarku sendri tanpa dirimu, tiada lagi tanpa cintamu....bai2 lagu "tiada lagi" berkumandang dilaptop winnie mengamit ketenanganku.....arhhhhhh persetankan semua ni...aku dah boleh hilangkan semua ni.....yang berlalu biarlah berlalu.....stop jap....nanti aku sambung lagi entri ni kalu aku rajin.hahaa
seminar pendidikan di IPG Tuanku Bainun Bukit Mertajam Pulau penang
seminar ini adalah bertajuk "cabaran masa depan profesion keguruan". antara objektif seminar ini adalah untuk mendedahkan guru pelatih mengenai konsep profesionlisme keguruan.....ucapan terima kasih kepada semua warga IPTB kerana sudi menjemput kami dan berjaya menganjurkan seminar ini....keselruhanya seminar ini telah berjaya dianjurkan........seminar ini berakhir jam 5ptg dengan penyampain sijil kpd peserta....kami pulang dgn puan hamidah dan sampai jam 6 lebih ptg.........................
Friday, April 9, 2010
:: Love :: Live :: Laugh ::
kehidupan....adalah sesuatu yang entahlah...xtahu nak describekan dia...yang aku tahu
setiap insan bernyawa pasti akan merasai apa itu C.I.N.T.A...begitu juga dengan ku...namun entahlah bagiku semua ni membazir masa..saat kawan2 sudah bahagia bersma family mereka..aku masih begini...mencari K.E.B.A.H.A.G.I.A.A.N dalam cinta....tp sekarang bila dipikir balik...cinta boleh datang dah pergi...namun kebahagiaan dan life perfect adalah satu yang penting yang perlu aku cari sekarang...skang aku redha, pasrah apa jua yang akan berlaku...malas nak pikir lagi...yg penting on julai aku bakal posting...DIMANAKAH CINTA AKU AKAN HADIR++...NAmun kerana ketidaksempurnaan itulah aku rasakan "DIA" adalah terbaik n tercipta buatku...kenapa selama ini aku sanggup meninggalkan dia, hanya kerana sesorang yg telah menghancurkan hidup...entahlah..