~~Salam Ukhwah~~

Wednesday, November 3, 2010

~~SAYA NAK BELI SELEPAS NI~~

palingggggggg suka beb


wangi-wangian


saya suka


kegemaranku


kegilaanku

rumah impian

like this car

aku suka shoping.....tp mengikut kemampuan....dengan keadaan aku sekarang,insyallah aku mampu untuk memberli semua ini..dulu aku xberpeluang nak membeli semua ni,hanya dalam mimpi jelah...menengok sambil telan air liur......mmg bab kata manusia manusia xpernah puas dengan apa yang ada, itulah kelemahan yang ada pada manusia....

DAN yang paling penting aku beli ni bukan untuk diri sendiri,aku nak beli juga buat my mom,my sister n my little bro....aku sayangkan mereka.LOVE U ALL.

dan aku mengharapkan semua impian aku ni akan jadi kenyataan..INSYALLAH.....








Friday, October 29, 2010

~~Antara hati dan Perasaan~~


aku xsuka kalu sapa2 nak tentukan JODOH aku....
nak MATCHMAKER.....REKEMENKAN...KENENKAN....
hati aku,aku sendiri yang tentukan....
so PLZ STOP........I DONT LIKE....I HATE SO MUCH.....

Sunday, October 17, 2010

~~Kejohanan Sukan SKBN kali ke 36 di Stadium Matsushita Seksyen 21 Shah Alam~~

lari jangan xlari dik

suasana tetap meriah

para ibu bapa dan murid memenuhi stadium


kuning perkasa tetap mara-naib juara pembarisan n keseluruhan


barisan pentadbir skbn


hijau juara keseluruhan

MERIAH....HAPI AND VOGUE....begitulah selesai sudah acara sukan yang telah diadakan pada 17 oktober 2010 bersamaan hari ahad.....mmg mantap, walaupun ada beberapa kekurangan, namun itu sudah menjadi lumrah alam....acara bermula seawal jam 8pagi ni telah dimeriahkan lagi dengan barisan ibu bapa yang datang memberi sokongan kepada anak-anak mereka...walaupun cuaca panas terik namun ianya bukan satu penghalang kpd kami warga SKBN untuk meneruskan acara tradisi ini...walaupun semua guru2 keletihan, namun kegembiraan jelas terpancar diwajah mereka apabila rumah yang mereka wakili menang......sorakan daripada ibu bapa, guru2 telah memeriahkan lagi suasana...
terima kasih kepada semua warga skbn yang telah bertungkus lumus sejak beberapan minggu yang lalu......tahniah kepada semua pemenang,bagi yang tewas,,,jgn kecewa....next year kita jumpa lagi....sudah menjadi adat permainan,ada yang kalah n menang....yang penting semangat kesukanan yang menjadi sasaran kami buat anda......
tahniah buat rumah HIJAU yang menjadi JOHAN keseluruhan dan JOHAN untuk acara pembarisan, dikuti dengan rumah KUNING, rumah BIRU dan keempat rumah MERAH........
ok....tahun depan kita jumpa lagi...diharapkan kita dapat menganjurkan sukan yang lebih baik untuk masa yang akan datang.....
ok.....nak tamatkan entri ni..."Majulah Sukan untuk Sekolah" dan 18 oktober...kita semua CUTIIIIIIII!!!!!!!!!hoorey



Thursday, October 14, 2010

~~kerja oh kerja~~


masa xda keja.......
saja2 je......

buku rekod dah siap....esok submit


yang ni xsiap lagi..........

keep in data eKasih.....

yang paling saya suka....tp dia amat melalaikan saya

"kerja tengah banyak ni.....tp malas bertandang plak...mmg malas nak buat ni...
due dah dekat...nak kena submit........ya allah bagilah aku kekuatan untuk aku menghadapi semua ni.....datanglah wahai KERAJINAN....sebab aku xmahu dilabel PEMALAS......insyallah aku akn buat,,,,tp dengan syarat tiada ganguan dr anasir2 lain,,,,,,yg paling dekat adalah FACEBOOK.....tapi sedarlah FARHANAH.....tiada sebab untuk ada siapkan semua ni....semua ni bermula dengan diri anda......ok aku akan cuba...opss buka cuba tp nak siapkan mende ni skang....sap nak berBLOG dulu.....kalu time rajin ada,ada je dugaan...mengantok la,....mcm2.......bila la nak siap ni....ok farhana...p siapkan keja anda...."

Wednesday, October 13, 2010

~~Karenah Murid-Murid saya di SKBN~~

Cikgu Ana
Masa Pendidikan Seni

Kelas 1 Efisiyen


Alamdulilah.....Syukur pada Yang Maha Esa..........hampir dua bulan lebih aku menjadi sebahagian warga skbn.....banyak pengalaman telah aku share ngan warga sekolah....walaupun pada awal kehadiran aku, aku xselesa dengan persekitaran yang baru, segala2nya yang
baru, namun berkat bimbingan guru-guru sekolah ini, aku bangkit untuk bangun dan melawan semua perasaan yang wujud dalam diri ini.....walaupun kita masih baru dalam dunia ni,namun aku berjanji pada diri untuk membuktikan pada mereka, aku mampu berdiri atas kaki ku sendiri tanpa rasa lemah......disebalik kesibukan aku, ada jua masa itu.....

~~CINTA~~

..................................................................................................................................................................................
CINTA itu harus ditujukan kepada yang paling LAYAK menerima
Diberikan kepada yang pandai membalas CINTA
CINTA itu menyeluruh, ikhlas dan jujur....
Dan sebaik-baik sasaran CINTA hanyalah kepada Allah SWT>>>
.....................................................................................................................................................................................

~~Berlalunya Saat itu~~

BERLALUNYA SAAT ITU
ADA SEDIH, ADA DUKA, DAN ADA SEGALANYA
NAMUN,PASRAH ATAS SEMUA TERJADI
KU BANGKIT MEMBINA ATAS APA YANG TELAH HILANG
BERSAMA-SAMA DENGAN DUNIA BARU
DUNIA YANG HARUS AKU TEMPUHI....
BERSAMA-SAMA......
SELAMANYA...HINGGA AKHIR HAYATKU.....
----------------------------------------------------------------------------------------------------

~~kerinduan~~


sudah hampir 2 bulan lebih aku x mengupdate blog ini.....ini akibat kekangan masa..... bermakna tempoh masa itu jugalah aku sudah dipostingkan.....alamdulilah aku sudah dapat
menyesuaikan diri dengan warga SKBN,trimas buat warga SKBN yang sudi menerima dan memberi tunjuk ajar kpd aku........semoga apa yang aku perolehi dapat aku jadikan panduan untuk aku mengarungi semua cabaran untuk masa hadapan...
jutaan trima kasih buat mentor saya akak Manisah, yang banyak memberi bimbingan dan panduan pada aku....thanks a lot, kakak2 lain, seperti kak muhaini, kak ramlah, kak mariani, puan rakimi, dan semua warga yang xdilistkan disini.........jasa kalian akan tetap aku kenang selamanyaah

saya sayang warga skbn

Tuesday, August 3, 2010

~~SPP~~

"Diperakukan lantikan tetap"
bait-bait indah yang aku terima daripada "Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran"
alamdulilah aku telah lulus temuduga SPP pada 1 jun 2010 yang diadakan di IPSAH tempohari...ini bermakna baru satu langkah dan aku perlu melalui banyak urusan untuk mekayakan aku mendapat DG41........banyak urusan yang perlu aku lalui seperti....buat medikal chek up, akaun sumpah, borang tapisan keselamatn lagi dan lain2 urusan yang perlu aku buat....insyallah diharapkan segala urusan aku dipermudah olehNya....itulah yang diharapkan oleh aku....amin


~~SELANGOR NATIKAN KEHADIRANKU...~~

"negeri bakal aku berkhidmat

alamdulilah....akhirnya penantian selama ini berakhir......posting.....walaupun aku xditempatkan di negeri kelahiranku TERENGGANU....namun akhirnya rezeki aku adalah di SELANGOR.....bersyukur sangat2 coz xdihantar ke seberang laut....alamdulilah.........syukur.......atas apa yang telah diberikan kepadaku....insyallah aku berusaha untuk menjadi guru idaman pelajar....itulah harapanku....
tapi aku tak tahu kat daerah mana la aku bakal ditenpatkan....aku xkisah mana2 depa nak letak aku ceruk mana.....harap2 aku dapat mengadpatasikan diri aku nanti......insyallah......




Wednesday, July 28, 2010

kehidupan ini


cincin saya

impian semua orang

selamat menjalani masa istirehat kerana sakit deman aku banyak merenung. aku banyak sekali merenung.....salah satunya adalah erti kehidupan.kehidupan sesuatu yang sukar untuk dijelaskan.....kehidupan kita adalah singkat....xtahu bila kita akan dijemput......selain itu definisi kehidupan yang singkat membuatku mudah untuk mengingat untuk dijadikan acuan dalam menjalani kehidupan



~~kenangan yang mengamit hatiku~~

masa praktikum kat sktr...


on day ke penang.....


Queensbay penang


farhana n azrul


farhana

lama sudah aku tidak menjenguk blogger kesayangan hamba ini.emmmmm sekarang ntah apa yang aku nak tulis....not idea but rindu nak tulis something di sini... emmmmm.....sekarang hampir satu bulan setengah aku dirumah...menunggu untuk dipostingkan...menghabiskan sisa-sisa cuti ini just kat umah...emmmmm kat umah pun xda apa nak buat...asyik2 layan FB sahaja...hahahha....apa2pun FB telah menemukan aku ngan kawan2 sekolah dulu biarpun hanya di alam maya....rindu pada kalian mengamit hatiku...hampir bertahun-tahun kai xketemuan...masing2 dah ada komitmen tersendiri.....emmmm

walaupun aku xbisa menyanyi merdu
walau angin kabarku jarang menghampiri
di sini aku seperti gunung
selalu menyimpan setiap senyuman manismu
selalu rindu tatapan matamu
dan tatkan berpindah walaupun angin berlalu
dan kabut menyelimuti
masih ada jejak langkahmu disini
yang selalu menyemangati hari-hariku
aku masih disini untukmu




Monday, July 19, 2010

~~Posting Oh Posting~~


Sekalung tahniah buat semua pelajar KPLI AMBILAN JUN 2009 IPSAH expecially bebudak kaunseling yang telah mendapat keputusan peperiksaan tempohari.....ingatan kpd diriku n kwn2, kekalkan kecemerlangan ini bukan sahaja dlm exam ini, tetapi kekalkan ia selagi kita bergelar seorang PENDIDIK........Berbalik kepada isu POSTING....sampai sekarang aku belum mendapat tarikh yang sebenar bilakah kami akan posting...banyak fakta2 yang ada...ada yang mengatakan 2 ogos baru posting n berita yang terbaru aku dapat sekarang kita akan menunggu result temuduga SPP tempohari...maknanya kalu kita lulus automatik kita akan dipostingkan dengan gred hakiki kita DG41 and sebaliknya....kalu xlulus maka kita terpaksa menduduki urusan temuduga SPP sekali lagi.....Ya Allah berikan aku kekuatan untuk hambamu menghadapi dugaan semua ini...kalu sebelum ini aku pasrah atas dugaan yang Engkau berikan, maka kali ini aku kena kuat....semoga apa yang direncanakan akan berjalan dengan lancar.....aku juga mengharapkan aku berjaya untuk urusan temuduga SPP...begitu juga dengan kawan2 yang lain....
16 ogos 2010 dikatakan tarikh sebenar kita akan posting....apa-apa hal kita tunggulah.....emmmmmm semoga dalam bulan Ramadhan yang mulia aku akan mendapat keberkatan....dan segala doa2 hambamu ini akan dimakbulkan ......Insyallah
Sebenarnya aku dah letih menunggu bilalah akan POSTING....so just tunggu dan lihat......

Wednesday, July 7, 2010

bila berakhirnya kehidupan aku di IPSAH

gengku,,,,,


last part at ipsah
dewan munsyi.....

selamat tinggal ipsah sayang

i miss nanti.....

almdulilah sudah hampir 20 hari aku telah menamatkan kursus kpli aku kat ipsah...setelah hampir setahun aku menimba ilmu, berguru disini, mengenali ragam2 manusia n setelah bermacam2 hal aku temui....akhirnya masa itu telah hampir...sepanjang aku disini aku telah dapat mengenali pelbagai ragam manusia, jenis manusia, pelbagai golongan n kelas....tapi itu semua adalah satu pengalaman yang terindah mungkin yang boleh aku kenang......cuma ada beberapa perkara yang telah berlaku diluar dugaan aku n kwn2 lain....persetankan semua itu.....
cuma sekarang masing2 akan posting....tinggalkan semua kwn2 aku...bilalah kita semua akan berjumpa lagi...bersama mewarnai dunia ipsah nganwarna2 sang pelangi....mustahil saat terindah seperti ini akan berulang kembali.... kepada sahabatku...winie, seli, tini, ida, sara, hani, kak liza, madi, kak is, milot, corine, suzan, anton, cassidy, ronny, madi, pian and kak idah jutaan kemaafan aku pinta dari korang atas segala2 yang berlaku.....aku hanya insan biasa....ingat insyallah suatu ketika pasti kita akn bertemu jua...kepada pensyarah2 tersayang expecualy, puan hamidah, encik aznan, encik tan terima kasih diatas segala curahan ilmu yang telah diberikan dan tak lupa kepada pensyarah2 lain yang telah banyak menyumbang ilmu kepada kita dalam menjadi guru idaman pelajar..... walaupun masa setahun xcukup untuk kita...tp gunalah ia sebaik mungkin..... insyallah selamat berposting kepada sahabatku...ada masa kita jumpa...adios....

Thursday, May 6, 2010

~~Selamat Hari IBu~~

SELAMAT HARI IBU MA

Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu

Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. IbU
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. IbU
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri

Bila seronok, aku cari.. Pasanganku
Bila sedih, aku cari.. Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.. Ibu
Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada.. Pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu aku ingat.. Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon.. Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu

Saturday, May 1, 2010

DUA ELAUN KHAS BARU BAGI GURU SEKOLAH PENDALAMAN


2010/03/29MIRI: Kementerian Pelajaran bercadang menambah dua lagi kategori elaun khas bulanan bagi guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman, kata Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Dr Amir Salleh @ Mohd Salleh. Katanya kategori baru itu di bawah ''Elaun Pedalaman'' akan membabitkan elaun tambahan masing-masing sebanyak RM750 dan RM1,250.
"Elaun baru ini dijangka dilaksanakan dalam sedikit masa lagi dan ia adalah tambahan kepada kategori yang sedia ada iaitu RM500, RM1,000 dan RM1,500," katanya. Sumber Bernama.

Saya pada 27-28.3.2010 mengikuti sama Program Kementerian Pelajaraan melawat sekolah pendalaman di SK Lejang dan SK Lanai dalam Dun Jelai di Negeri Pahangyang turut dihadiri Datuk Badaruddin bin Abd Rahman, Timb. Ketua Setiausaha Kem. Pelajaraan danm Datuk Wan Rosdy bin Wan Ismail, Exco Kerajaan Negari Pahang. Ia amat mencabar dan dengan jalan yang berlopak, berlubang, berlongkang dan licin selepas pada hari sebelumnya hujan lebat. Ia amat sukar untuk sempai ke Pos terutama Pos Titom dengan menaiki Hailak duduk dibelakang dan amat membahaya. Guru-guru kebanyakkan menaiki motosikal untuk pergi mengajar ke sekolah berkenaan melalui Pos Betau. Oleh itu sewajarnya guru itu diberikan elaun khas sebagai galakan bagi guru-guru tersebut mengajar di kawasan pendalaman tersebut.


Cabar Diri Untuk Berjaya

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.

Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.

Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.


1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi

Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.

Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.

Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati

Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”. Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.


4. Soal Diri Dengan Soalan Positif

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.

5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak ‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula. Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.

Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.

Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ‘standard’ yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung ‘standard’ tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.

..........................................................................................................................


~~kelas kami kena pindah lagi~~

hari ni 2mei bersamaan hari ahad...meneruskan rutin kembali ke ipsah...perhimpunan mcm biasa...ari ni tapak perhimpunan penuh ngan student sebab bebudak kpli dh kembali ke ipsah selepas 2week pbs.....so maka bermula episod penghijharan kami...kami kena pindah kelas lagi...arhhhhhhhhhhh tension laaa.....kali ni mmg xlogik dek akal kami semua ada ke patut depa suruh kami p PULAKOL utk kelas kami....dah jauh kena lagi berjalan....aduhai penat giler....kena belajar kt sana....dah la panas....xselesa lak....tapi xplah memandangkan kami ni SENIOR KPLI kami sabar jelah sebab dah nak abis sudah.....sabar jelahhhhhhhh....

~~mainan Perasaan itu~~



Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.




~~Laskar PelanGi~~

Nidji - Laskar Pelangi

Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

Laskar pelangi takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warna bintang di jiwa


Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada Yang Kuasa
Cinta kita di dunia selamanya

Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita

Laskar pelangi takkan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi





Friday, April 30, 2010

Selamat HaRi PekerJa

sabtu>>> 1 mei 2010....
1 mei jatuh kepada hari sabtu daa....ingat dapatlah aku cuti..ala kalu cuti pun bukanya dapat kuar mana-mana pun...maklumlah budget akhir2 bulan ni berkurangan sudah...
so masa ni perlu dihabiskan dengan study la....cayok22 ana....study222

tapi bosanya dok kat umah hari-hari minggu ni...keja banyak...tp satu pun tak disentuh...bilik macam tongkang pecah....xda mood lansung utk mengemasnya...aduhai perasaan berkecamuk, bosan masih ada....bila mood rajin aku mai takpalah....kalu kemas pun setakat 2 3 hari je...pastu bila nak cari barang mula la berselerak lak....beginilah kehidupan sebagai pelajar ipsah yang selalu sibuk...kalu xsibuk pun aku hanya buat2 sibuk..........

tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yg kuimpikan...biarku sendri tanpa dirimu, tiada lagi tanpa cintamu....bai2 lagu "tiada lagi" berkumandang dilaptop winnie mengamit ketenanganku.....arhhhhhh persetankan semua ni...aku dah boleh hilangkan semua ni.....yang berlalu biarlah berlalu.....stop jap....nanti aku sambung lagi entri ni kalu aku rajin.hahaa

seminar pendidikan di IPG Tuanku Bainun Bukit Mertajam Pulau penang


pada 29 April 2010 aku n kawan2 telah menyertai satu seminar Pendidikan Kali ke -X1. seminar yang diadakan diIPG Tuanku Bainun ni telah dihadiri oleh aku, wini, sara, suzan, corine, cassidy, anton and seli dan pensyarah pembimbing puan hamidah.... kami bertolak jam 7.20pagi and mengambil masa lebih kurang 1 jam utk sampai disebabkan "jem".... sampai kami disambut oleh oleh warga iptb dengan ramah sekali...dalam seminar ini antara ipg yg dijemput ialah IPSAH, IPDA, IPG kampus perlis n IPG kampus Pulau Pinang....namun begitu yang hadir hanyalah ipsah sahaja....mungkin ada kekangan yg dihadapi oleh IPG2 ini.....
seminar ini adalah bertajuk "cabaran masa depan profesion keguruan". antara objektif seminar ini adalah untuk mendedahkan guru pelatih mengenai konsep profesionlisme keguruan.....ucapan terima kasih kepada semua warga IPTB kerana sudi menjemput kami dan berjaya menganjurkan seminar ini....keselruhanya seminar ini telah berjaya dianjurkan........seminar ini berakhir jam 5ptg dengan penyampain sijil kpd peserta....kami pulang dgn puan hamidah dan sampai jam 6 lebih ptg.........................

Friday, April 9, 2010

:: Love :: Live :: Laugh ::



kehidupan....adalah sesuatu yang entahlah...xtahu nak describekan dia...yang aku tahu
setiap insan bernyawa pasti akan merasai apa itu C.I.N.T.A...begitu juga dengan ku...namun entahlah bagiku semua ni membazir masa..saat kawan2 sudah bahagia bersma family mereka..aku masih begini...mencari K.E.B.A.H.A.G.I.A.A.N dalam cinta....tp sekarang bila dipikir balik...cinta boleh datang dah pergi...namun kebahagiaan dan life perfect adalah satu yang penting yang perlu aku cari sekarang...skang aku redha, pasrah apa jua yang akan berlaku...malas nak pikir lagi...yg penting on julai aku bakal posting...DIMANAKAH CINTA AKU AKAN HADIR++...NAmun kerana ketidaksempurnaan itulah aku rasakan "DIA" adalah terbaik n tercipta buatku...kenapa selama ini aku sanggup meninggalkan dia, hanya kerana sesorang yg telah menghancurkan hidup...entahlah..








Wednesday, March 31, 2010

praktikum hampir sampai ke penghujung....lagi 2 minggu




alamdulilah hampir 3 bulan aku telah berpraktikum...sekarang ada masa lagi 2 minggu untuk aku menghabiskannya...dulu masa mula2 nak praktikum satu perasaan kebenciaan timbul....but now,,,,after beberapa bulan menjadi sebahagian warga sktr padang serai,,,,terasa sangat sedih utk aku tinggalkan apa yang telah aku rasai, lalui n segala2nya adalah bermula disktr ini....
tp perjuangan aku masih panjang....masih mencari2 pengalaman dalam bidang keguruan....aku trima saja kemna aku akan dipostingkan...nmun jgn pendalaman yang teramat....pasni balik maktab n belajar lagi...exam...kssm n posting.....hooorey maka bergelarlah aku sebagai guru n tugas n beban aku semakin bertambah....nevermind....
aku nak kebebasan....dah lama aku xrasa bersantai2....tido ngan lena....